Friday, August 19, 2011

Umor 40an, jangan takut buang rahim

Penyakit dalam rahim dalam umor 40an kian meningkat terutamanya tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia/polyps. Gangguan utama ialah perdarahan yang munkin sangat banyak dan berpanjangan dan adakala tidak tentu masa. Akibatnya ia mengganggu amalan ibadah kita atau ia menyebabkan kurang darah atau anemia yang bolih jadi teruk.
Gejala kedua ialah senggugut yang amat terok  yang bolih mengganggu keselesaan hidup dan kadangkala menimbulkan kesakitan ketika melakukan hubungan dengan suami.


Gambar diatas menunjukan rahim yang dilanda tumbuhan fibroid (bahagian atas sekali warna putih) , tumbuhan adenomyosis menjadikan rahim membesar hingga saiz 3 bulan hamil dan dinding endometrium menebal menimbulkan 'endometrial hyperplasia/polyps". Ia dibuang dalam satu pembedahan yang  digelar 'hysterectomy'. Wanita ini yang berumur 40an dan telah mempunyai 4 orang anak telah mengalami perdarahan haid yang perpanjangan ( kadang2 sampai sebulan tanpa berhenti) dan ada kala perdarahan berlaku dengan banyak menimbulkan keadaan anemia atau kurang darah merah. Gejala ini telah berlarutan selama 2 tahun dan berbagai kaedah rawatan telah dicuba termasuk D&C dan ubat2 penahan darah haid saperti norculut, tapi gagal mengawal perdarahan.

Beliau dan suami bercadang mengerjakan haji musim tahun ini ( lebih kurang dua bulan lagi) dan khuatir jika perdarahan ini melanda beliau ditanah suci kelak, tentulah amal ibadah akan terganggu. Walaupun telah cuba untuk mengelakan bedah buang rahim sekian lama, akhir belaiu dan suami nekat dengan keputusan untuk bedah buang rahim. Ramai yang khuatir apakan kesan bedah buang rahim terhadap ciri kewanitaan dan juga hubungan jantina dengan suami.

Dalam pembedahan 'hysterectomy' biasanya saya tidak buang kesemua rahim, tapi bahagian atas rahim yang biasanya dilanda dengan tumbuhan2 saperti diatas. Bahagian pangkal rahim(cervix) dan sekurangnya satu kilang ovary saya kekalkan. Pada pangkal rahim terletak saraf2 seksual yang mempengaruhi kenikmatan seks dan ovary untuk mengeluarkan hormon untuk penyeri dan kejelitaan wanita. Walau pun haid tidak keluar lepas bedah , tapi sebenarnya ia belum menopos/putus haid kerana ovary masih mengeluarkan hormon estrogen.

Lepas bedah wanita berkenaan masih perlu buat ujian pap smear dan scan ovary setiap tahun untuk kesan penyakit, tapi bila sudah melepasi umur putus haid (50 tahun keatas) ujian pap smear tidak perlu lagi melainkan beliau makan pil hormon gantian (HRT).

2 comments:

  1. Ibu saya merupakan pesakit cancer Entrometrosis(6 thn lepas) dan Breast Ca (4 thn lepas). Disebabkan Family History yang strong, boleh di katakan keseluruhan adik-beradik ibu saya mempunyai Kes cancer dan kematian juga drp punca tersebut. Adik lelakinya mengidap penyakit NPC Ca, malah adik perempuan pula Ca Rahim.(pakcik telah meninggal & makcik ngan juga meninggal) Baru-baru ini, makcik saya yang keempat di dapati mengidap Cancer Rahim dan telah merebak ke usus besar. Drp pembualan saya dgn doktor pembedahan, Stage cancernya adalah Stage IV berdasarkan pengalaman doktor semasa pembedahan walaupun tumor biopsy belum diketahui resultnya lagi. Di sini, saya ingin bertanya kepada doktor, bolehkah saya meminta utk membuat pembedahan membuang rahim (keseluruhan) sedangkan saya belum lagi mempunyai sebarang tanda-tanda Ca? Bolehkan saya memohon di Hospital kerajaan sedangkan saya tidak berkemampuan utk melakukan pembedahan di swasta? Dr drp GHKL (Onkologi) pernah memberitahu saya, peluang saya dan adik beradik adalah amat tinggi dan juga faktor yang kedua (kes makcik saya yg baru-baru ini) telah mendorong saya mempunyai keputusan tersebut. Utk pengetahuan doktor saya berumur 38thn dan mempunyai 3 org anak. Saya betul-betul berharap, doktor boleh memberi serba-sedikit komen di atas pendapat saya ini.

    ReplyDelete