Tuesday, March 1, 2011

Apakah Prolapse

Kekenduran Rahim


 Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.      
 Gangguan perkencingan.






Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.  
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.  
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang. 
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya. 







 
li.

12 comments:

  1. ooo mcm tu ke rupa rahim terkeluar?good info....x penah tgk keadaan mcm ni.....nk tanya la prof, kalau terkeluar sedikit mcm ketulan daging kecil dilubang najis dipanggil buasir ke?saya alami sejak mengandung ank 1, n kini mengandung anak ke 3...ketulan tersebut tidak sakit tp agak mengganggu sewaktu mmbuang air besr....rasa mcm saluran didalam sempit sewaktu meneran....adakah itu tnda buasir sy semakin teruk atau ada kait mengait dengan rahim....mohon nasiht dr prof....mcm mana cr atasi or pulihkan semula.......tq

    ReplyDelete
  2. saya juga mengalami masalah yg sama macam mystory.. adakah itu buasir??

    ReplyDelete
  3. Salam Dr.

    Harap mendapat izin singah dan menceduk Ilmu dari taman tuan Dr.

    ReplyDelete
  4. sangat mengerikan. bagaimana untuk mencegah keadaan ini?

    ReplyDelete
  5. Dr..
    tumpang bertanya..pregnant women bleh jgk ke terkena prolaps rahim?

    ReplyDelete
  6. sy nk tanya prof...stlh melahirkan ank 1 sy menggalami mslh..ada sedikit isi terkeluar dr kemaluan sy(doktor ada membuang sedikit isi dr kemaluan sy..kt doktor ada isi yg terkoyak,dan perlu d buang tetapi x d jahit,klu d jahit mkn akan menutupi saluran rahim sy kata doktor)tp stlh melahirkan ank ke4,sy merasa isi yg keluar dr kemaluan sy mengganggu dan kalau bersama suami akan terasa sakit.adakah rahim sy jatuh dan apakah cara menggatasinya?..mohon nasihat dr prof..tq

    ReplyDelete
  7. saya nk tanya saya dah setahun lebih khwin...saya pernah gugur,saya juga datang haid 2 bulan sekali,malah ada berlakunya keputihan dan lendir hijau...dan suami serta saya ingin zuriat...

    ReplyDelete
  8. asslamulaikum dr, saya nak tanya isteri saya ada penyakit buasir tahap 1 jadi bila mana saya melakukan hubungan suami isteri maka pingang isteri saya mengalami sakit yang amat sangat dan isterisaya seringkali mengadu sakit pingang bilamana selepas melakukan hubunga suami iteri , saya minta penjelasan dr tq

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum dr, nk tny, wanita yg belum berkahwin boleh mengalami kes mcm ni ke? apakah cara utk elakkan kes mcm ni berlaku? trima kasih..

    ReplyDelete
  10. Slm Dr. Nak tumpang tanya. Bolehkah rahim yg prolaps terus tercabut dari abdominal cavity dan tercicir?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum Dr. sy sgt2 memerlukan penjelasan dari Dr. sy skrg berumur 23 tahun berstatus single..sy seorg yg aktif,sy sgt sukakan aktiviti lasak..sy pernah jatuh terduduk sebanyak dua kali..and now,i feel like i'm having prolapse at the 2nd stage as i can feel that..what should i do,Doctor? :(

    ReplyDelete
  12. Sy pn nk tnye, pregnen women bleh kne jgakka prolaps rahim? Coz sy tgh preggy skg dh lima bln lbih.. But sjak kblkAngan ni sy asyik rasa sakit bila cangkung nk kncing or b/o.. Pstu sy try rasa kt v sy ni mcm ada daging yg nk trkluar je dr lubang tu. Sy takut la.. Mcm mna nk buat? Doc can u plez respon us?? We need answer..

    ReplyDelete