Popular Posts

Thursday, March 24, 2011

Cyst ovary bermacam jenis

Serous Cystadenoma of ovary - kandungan nya air - cyst ini besar , macam hamil 9 bulan.



Banyaknya air dalam karung cyst



Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll

1. Follicular cyst . mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.









2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.



4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.






5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.



6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah




Sila lihat video ini

18 comments:

  1. Assalamualaikum Dr. Saya telah berumahtangga pada Jun 2010. Saya tidak dtg haid selama 3 bulan pada Feb, Mac n Apr 11. Doktor sahkan sy menghidap cyst selepas buat Vaginal Ultrasound. Tapi doktor saya tidak explain ape jenis cyst saya. Saya kini diberi ubat Metformin 500mg,1 biji sehari dan Ubat Clomid 50mg, utk dimakan 2 biji selama 5 hari. Saya juga mengamalkan asid folic setiap hari semenjak kahwin. Dan telah mula mengambil EPO pada awal Februari 2011. Apakah peluang sy hamil? Adakah sy perlu continue mengambil clomid sekiranya sy dtg haid pd minggu hadapan?

    ReplyDelete
  2. a'salam...sye ingin bertanya kes cyst...emak sye 51 thn...telah disahkan ade cyst dikliang telor lbh kurg 3 thn menghidapinye....cyst ini berkdg dgn air...ukur nye 5.8 cm...perlukah emak sye menjalani pemedahan???..dari ujian drh mak sye normal...sekain terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Salam doc... Sy pesakit PCOS..umur 24 thn, Sudah bkahwin 2 thn blum hamil... Adakah peluang utk sy hamil sgt rendah??? N kne buat any operation ker... Apakah rawatn yg palinh sesuai n kos bpe???

    ReplyDelete
  4. Salam Dr. Boleh saya tau punca bagi Dermoid cyst ovary atau terratoma.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalam, kalau cyst dalam payudara pun boleh amalkan ke?

    ReplyDelete
  6. salam Dr,

    sy dah operate 9 bln lps disbbkn oleh endometriosis,ape yg perlu sy amalkan bg mengelakan jd lagi....
    terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga pemakanan..jgn mkn atau minum produk yg dtg dari soya..sbb soya ini akan mempercepatkan pertumbuhan cyst..jadi elakkan mkn/minum..

      Delete
  7. Salam Dr,

    Saya telah didiagnos menghidapi Polisistic ovarian syndrome (PCOS)pada 2010 setelah menghadapi kesukaran untuk hamil buat kali kedua. Alhamdulillah saya berjaya hamil tahun lepas dan baru sahaja bersalin. PCOS telah menyumbang kepada lebihan berat badan dan gangguan kitaran haid yang amat serius kepada saya. Ia juga menyebabkan saya rasa sentiasa letih. Yang ingin saya tanyakan pada doktor adalah apakah yang perlu saya buat sekarang? Adakah saya sudah pulih dari PCOS memandangkan saya sudah berjaya hamil? Atau adakah saya perlu berjumpa pakar sakit puan dan meneruskan makan metformin dan ubat untuk memperbetulkan kitaran haid sekiranya masalah kitaran haid berulang?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum doc,

    saya ada berjumpa dengan pakar sakit puan, dia ada iform yang saya ada cyst pada sebelah kanan ovari saya..saiz 5cm..kadangkala saya akan rasa sakit..doktor itu ada beri cadangan untuk buat pembedahan. adakah saya perlu buat pembedahan @ tidak perlu..seperti yg doc inform dalam video doc cyst akan pecah sendiri dalam tempoh 5 bulan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah,

    selepas saya buat DNC Fertility dengan Prof, selepas satu kali haid saya mengandung.

    Tetapi pada waktu itu saya ada Cyst dan Alhamdullillah kandungan saya sihat dan selamat.

    Just nak tanya Prof, gambar No 6. Dermoid Cyst Ovary tu mcmana ada rambut, gigi, dengan menda2 lain tu. Takotnya!

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum.. Doc

    Saya ada cyst 12cm dan akan menjalani ctscan n operate. saya tak rasa sakit apa2..period semua normal..sy belum berkahwin n berusia 29thn.sy takut sgt2..sy tak nak buang ovari.. :(. saya tidak sakit pun.
    saya sgt tertekan sekarang....sy rasa sgt down..:(
    perlukah saya menjalankan pembedahan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Doktor

    Disini saya ingin minta pendapat doktor mengenai permasalahan cyst dalam rahim isteri saya.. Isteri saya pernah menjalani pembedahan membuang cyst (endometriosis) ini pada tahun lepas (1 /7/2011) di Hospital Kuala Pilah, dan selepas pembedahan itu,isteri saya telah diberi suntikan tiap-tiap bulan selama 6 bulan bagi mengelakkan kedatangan haid. Selepas itu keadaan menjadi normal dan doc menasihat kan supaya isteri saya cepat mengandung dan appointment untuk rundingan membuat IVF di hospital telah dijadualkan pada 18/9/2012 ini. Tetapi,sejak 2 minggu lepas,isteri saya kerap mengadu sakit perut pada bahagian pembedahan cyst, kesakitan akan bermula pukul 2 pagi - 6 pagi. Saya telah menghantar isteri ke Klinik berhampiran dan melakukan scan, ketumbuhan ketumbuhan cyst baru berada di rahim nya sebesar 3.6 cm. Saya dan isteri amat terkejut dengan kehadiran cyst ini. Sekarang isteri saya sudah putus harapan untuk membuat sekali lagi pembedahan membuang cyst. Puas sudah sya memujuknya ke hospital namun die tetap tidak mahu.

    1. Apakah ada cara lain untuk membuang cyst ini doktor?

    2. Bagaimana cyst ini boleh ade semula dalam rahim isteri saya sedangkan jarak waktu pembedahan dan penemuan baru hanya baru 1 tahun?

    3. Jika pembedahan kedua dilakukan, ade kah peluang saya bersama isteri untuk memiliki zuriat?

    4. Berapakah kos perubatan untuk kes ini jika di hospital swasta?

    Saya amt berharap doktor dapat memberi jawapan pada soalan ini dalam membantu saya untuk terus memberikan motivasi dan semangan kepada isteri saya. Sekarang ini dia berada dalam keadaan yang amat tertekan. Tolong ye doktor.

    Suami Prihatin

    ReplyDelete
  12. salam dr. mohon izin share maklumat ni di blog saya ..kerana sy jg baru lepas menjalani pembuangan cyst ...

    ReplyDelete
  13. salam dr..sudilah kiranya tuan doktor meluangkn masa sedikit di blog doctor ni utk menjawab persoalan2 puan2 di atas..blog ni dikunjungi ramai yg memerlukan nasihat, or at least pandangan..soalan dah banyak, namun terbiar shj..terima kasih,doc... :-)

    ReplyDelete
  14. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada email doctor, hamidarshat@hotmail.com :)

    ReplyDelete
  15. Salam Dr. Mohon share maklumat ini untuk blog saya.

    ReplyDelete
  16. asmkm.. saye ada msalah dtng bulan dah nak dekat sebulan.. yang kluarnya darah beku.. mcm ne sye nak buat.. sye bru sahaja mlnsungkan perkhwinan...

    ReplyDelete
  17. Dari Ika yang rungsing
    Salam 1 Malaysia Dr:
    Saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 12/2012. Setiap rumah tangga amat mengharapkan cahaya mata dalam perkahwinan,sama seperti saya dan suami. Saya mempunyai berat badan 92 kg dan juga turut mempunyai masalah sengugut setiap kali haid. Kalau nak di ikutkan kitaran haid saya dalam sebulan adalah 28 hari. Formula doktor untuk dapat tarikh subur adalah 28-14= 14 hari, maknanya tarikh subur saya adalah pada hari ke-14. Saya mempunyai 4 soalan iaitu:
    1) Adakah saya boleh hamil jika saya dan suami bersama bukan pada tarikh subur tersebut, ini kerana kami mengalami hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan mungkin sukar untuk bersama pada tarikh subur tersebut.
    2) Bolehkan saya makan ubat clomit tanpa nasihat doktor.
    3) Adakah disebabkan berat badan yang berlebihan menyebabkan saya sukar hamil.
    4) Adakan disebakan masalah sengugut menyebabkan saya sukar hamil.

    Segala kerjasama saya dahulukan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete