JENIS-JENIS GANGGUAN HAID
Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;
Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;
1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.Kelewatan datang haid.
7.Putus haid.
Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.
Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.
Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?
Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.
Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.
Haid tidak teratur !
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.
Punca terjadinya gangguan haid.
Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).
Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.
Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.
Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan
1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.
2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.
3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.
4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.
Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:
1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.
2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.
3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.
Salam doc,sy pernah mangalami pendarahan selepas bersetubuh, tetapi hanye jika persetubuhan selepas saya rsa sudah kering period..adakah ini ade masalah, atau hanye kerana darah perid yang masih tetinggal di saluran..?
ReplyDeletesalam, sy juga mengalami masalah yg sama. boleh sy tahu, sudahkah awk dptkn jawapan utk persoalan ini? kerana sy juga risau akan keadaan sy ni tetapi sy belum merjuk kpd dokter .
Deleteassalamualaikum doc, saya tlh menggunakan implan sejak bulan 6 2010, selepas 3 bulan kelahiran anak ke2 sejak itu haid saya berpanjangan dan waktu solat saya menjadi 14 hari sahaja, adakalanya saya menjadi cepat marah,selain dari gangguan haid, apa lagi kesan2 penggunaan implan? pada pendapat doc perlukah saya mengeluarkan semula implan ini?
ReplyDeleteassalamualaikum Dr..saya mengalami masalah kedatangan haid yang berpanjangan sementara umur saya baru mencecah umur 21 tahun..pnyakit itu baru berterusan selama 2bulan ini..saya bingung memikirkannya..ramai kawan yang mengatakan bahawa saya tidak akan dapat mengandung apabila telah berumahtangga nanti..saya amat bingung memikirkannya..
ReplyDeleteSaya mngalami mslh yg sama.sebijik..say pon baru mencecah 21... Minx sgt doctor tlg jelaskn.saya risau..
DeleteSalam Dr.. sy mengalami kegemukan tp x pernah ader masalah haid tidak teratur..sy ader ambik produk untuk kuruskan badan n x spi 1 bln..tp skrg sudah lebih 1 mggu sy tdk dtg haid. biasenye haid sy 27-28 hr..tp ni dah lbh 35 hr msh belum dtg.. sy pki alat IUD utk jarakkan anak krn ke2 2 anak sy ceaser..
ReplyDeletesalam doc .. ssye mengalami masalah haid yang berpanjangan dan kuantiti yang terlalu banyak.saya baru berusia 18 tahun.kadang2 keluar benda2 putih mcam lemak dan menyebabkan kegatalan..perkara ni mbuatkan saya tak selese dan kuatir kalau perkara ni akan mendatangkan bahaya
ReplyDeletesy pun berusia 18 thn skrg.. dan sy TENGAH mengalami masalah sama sperti cik.. sy nk tanye, sudahkah cik mendapat penyelesaian dpd msalah cik sbb sy pun risau akan keadaan sy ni..
Deletesalam doc sy mengalami masalah pendarahan dimana haid sy selepas 7 hari berpanjangan menjadi 19 hari sy period.selepas 7 hari tu yg keluar bukan darah tapi warna coklat pekat kenapa doc?
ReplyDeleteSalam doc,,sy berusia 22 tahun..saya mengalami masalah haid tidak teratur..dulu haid sy cuma dtg 2 bulan sekali,,n kebelakangan ini berubah normal(sbulan ssekali)..tp mengalami masalah di mana selepas haid,,dalam 15 hari ade pendarahan seperti haid dtg..kenapa ye doc.??
ReplyDeletesalam doc..saya b'usia 25 tahun...saya mengalami masalah haid tidak teratur sebelum ini...since last year kitaran haid saya mnjadi n'mal every month..but this year masalah kitaran haid saya b'laku semula, kitaran haid saya b'laku every 2month...masalah ini menjadi kerisauan kepada saya memndgkan saya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi..adakah masalah ini akan menyebabkan saya tidak boleh mengandung?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya hampir berumur 41 tahun. Selama ini kitaran haid saya tidak mempunyai masalah langsung dan sentiasa tepat pada masanya. Bagaimanapun, sejak beberapa bulan yang lepas, haid saya berlaku 2 kali sebulan iaitu yang normal pada awal bulan dan kemudian datang kembali pada minggu ketiga tapi saya menyangka mungkin kerana stress dan terlampau penat kebelakangan ini. Bagaimanpun, pada awal bulan ini, dari 3hb May sehinggalah ke hari ini saya masih kedatangan haid. Pada mulanya, saya tidak berapa risau kerana saya menyangkakan mungkin sebab ketika itu saya berada di Europah selama sebulan dari 21 Apr. Oleh itu, mungkin sebab perubahan cuaca, makanan dan masa. Dan saya menjangkakan haid saya pasti berhenti apabila pulang ke Malaysia. Malangnya, ia masih berlaku. Pada minggu ketiga sewaktu saya masih di Europe, haid saya berkurangan tetapi sejak pulang(20 May 2012) ke Malaysia pada, kedatangan period bertambah seperti mula2 kedatangan haid. Adakah ini normal dan tidak merbahaya? Pada masa yang sama, saya juga notis beberapa kali ada ketulan darah sewaktu membuang air kecil which pada kedatangan haid normal sebelum ini adalah perkara biasa. Mohon bantuan penjelasan dari Doctor dan tips untuk memberhentikannya. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum DR,sy brumur 24thn sudah bkahwin,disini sy ada masalah haid dimana haid sy tidak teratur..situasinya mcm nie pada bulan jun sy telah dtg haid 2 x iaitu kali pertama 7/6 hingga 15/6..dan kali kedua ialah pada 23/6..ini telah m'buatkan sy rasa sedih dan rendah diri..hal ini kerap blaku (bulain mei dan april)..sy bharap DR dapat mbantu myelesaikan mslh sy..sy akhiri dgn ucapan terima kasih.
ReplyDeletedoc....sy nk tanya..period saya selalunye 5 hari..tetapi pada hari ketiga dia akan berhenti...boleh saya tau puncanye.
ReplyDeletesye 12 thun sye bru dtg haid bulan 6.. lpstu bulan 7 sye tkder dtg.. normal ke?
ReplyDeletesalam doc,saya pesakit chronic rheumatic heart disease. dah dua kali operate tukar injap. 1st time injap tisu haiwan dan 2nd mekanikal valve. telah mempunyai 2 anak dan berumur 33thn. persoalannya, saya operate kali kedua pada september 2011, hingga 11 jun 2012 saya tidah datang haid. 12 jun 2012 saya baru haid sehari dan seminggu kemudian baru haid lagi sehingga sekarang (12 Ogos 2012). Saya wajib makan ubat cair darah setiap hari kerana injap saya yg sudah ditukar kepada mekanikal. Adakah saya haid yang memakan bulan ni berpunca dari ubat yang saya makan atau penyakit sbb saya x rasa apa2 sakit bahagian perut atau sekitar faraj. Boleh bantu saya doktor. emel saya roslinayunos@yahoo.com
ReplyDeletesalam doc..saya mengalami masalah kitaran haid tidak tetap sejak sept2011..pd 28sept 2011 saya tidak dtg haid..sehingga pd 4 jun 2012 bru dtg haid,kemudian 15 july..seminggu selepas 15 july 1 kali lg..dan pada bulan ogos 2012 ini,,6hb dan 15hb..apa masalah saya doc??
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesy baru brumur 18 tahun... tpi, sy lgsung x prnh period... bagaimana utk sy mndptkn rwtn yg sepatutnye... di klinik swasta @ kerajaan...
Assalamualaikum doktor.. sy mengalami gangguan haid. . dah hampir 2 bln sy x dtg haid. .adakah kerane sy mengalami tekanan yg terlalu tinggi?
ReplyDeletesalam doc..sy m'galami gngguan haid..haid sy b'pnjngn dr bl5 smpai laa skrg bln 9..kdg2 kluar bnyk n b'ketul2 n kadang2 kluar sikit shaja..dah mcm2 cra sy cuba dgn mkn ubt hspital (nma ubt : trenexamic),mkn ubt herba cina n minum air solat hajat..tp msh bl0m tnjk apa2 respon@kesan..mohon nsihat dr doc :(
ReplyDeletesy juga mengalami masalah yang sama seperti awk...doc, sy berusia 27 tahun, sudah berkahwin tetapi tidak pernah lagi mengandung...sblm sy berkahwin sehinggalah hampir setahun berkahwin, haid sy teratur...tp sejak awal tahun ini, haid sy tidak menentu...pada mulanya saya tidak datang haid selama dua bulan...kemudian haid datang berpanjangan selama 2 bulan...setelah berjumpa doc, doc memberi saya ubt pendarahan...kemuadia haid berhenti hanya selama seminggu...kemudian ia datang semula, tp kali ini hanya sedikit sahaja, tidak perlu memakai tuala wanita, namun ia berpanjangan sehingga ke hari ini...haid hanya berhenti dlm 2 atau seminggu sahaja...boleh doc tolong jelaskn...
DeleteAs salam Dr...
ReplyDeletesy berumur 27 tahun ..sudah berumah tangga namun masih belum di kurniakan cahaya mata... Usia perkhawinan saya hampir mencecah 4 tahun ...namun sejak saya berumahtangga ,,saya tidak pernah datang period ..kecuali dengan paksaan iaitu memakan pil perancang dan juga ubat utk datangkan period...sebelum ini,maksud saya sebelum berumahtangga period saya teratur ...saya pernah membuat rawatan di hospital kerajaan sebanyak 2x..namun perkhidmatan yang di berikan teramat la hampa ..membuatkan saya mengambil kata putus utk berhenti dptkan rawatan di hospital.Saya teruskan berubat cara traditional namun kaedah yang diberikan hanya berurut di keseluruhan badan .Saya nak bertanya pd Doktor ..baru-baru ini saya telah bersama dengan suami dan selepas itu terdapat sedikit cecair yang berwarna coklat seperti darah,,,keluar bersama dengan air mazi ...apakah yang terjadi sebenarnya..saya amat berasa takut memandangkan saya telah lama tidak datang haid ...
salam doc..sy berumur 23 tahun..baru2 ni saya dapati slpas haid, darah still keluar dari faraj...kdg2 berwarna coklat kemerahan..sy tetap solat sperti biase krana kt tahu yg darah yg keluar slpas 15 hari adalah darah enyakit...apa yg terjadi sbenarnye dan apakah yg myebabkan perkara ini berlaku? minta pandangan doc..tq..blh emailkan kt izah_sweetsmile@yahoo.com
ReplyDeletesalam doc ... sy baru saja khawin da 4bulan tp belum lagi mengandung....dan yang buat sy pelik bulan nie 2kali sy period..15hb.10 da period pastu 24hb sy period lagi dan skrg masih lgi period harinie da 7hari..sebelum khawin haid saya normal dan ini yg first time..bahaya x ye doc , bimbang kalau sy susah nk dapat zuriat
ReplyDeleteSalam doc, saya berumur 30 thn, sudah 4thn berkahwin, tp masih belum mempunyai cahaya mata,pada bulan 7 yg lepas saya keguguran buat pertama kali, period saya agak tidak teratur, kitaran pernah mencecah 40 hari, kitaran paling pendek 26 hari, masalah saya ialah, sejak bulan lepas(november) selepas saya period, hari ke8, ada berlaku spotting yg keluar hingga 3-4 hari, bulan ini (december) spotting masih ada, hari ni adalah hari ke3 (spotting) adakah ianya normal? Kerana saya merancang untuk hamil, harap dapat diberi pandangan miszleesa10@gmail.com
ReplyDeleteslm doc.. adakah slalu bersetubuh ble melambatkan haid.. dn time setubuh juga slalu mgunakn sarung zakar? tetapi haid lmbt dtg?
ReplyDeletesalam doc..saya mengalami masalah haid yg sangat x teratur...pernah terjadi 8 bulan saya x period..3 bulan sekali period 2 memang kerap..pernah terjadi saya period melebihi 2 minggu..darah turuh sedikit2 sahaja..sakit perot yg amat sangat..dan darah yg turun 2 berbau terlalu hanyir...saya belom berkhawin..mempunyai seorang anak angkat dan menyusukan anak tersebut...
ReplyDeletesalam...doc sy nk tnya, sy baru melahirkan ank pertama saya pada 13 oktober 2012...sy datang haid 3bulan selepas bersalin.... Alhamdulillah saya dapat memberikan susu badan sepenuhnya pada anak saya...saya igin bertanya, pada bulan mac sepatautnya sy datang haid pada 20 mac tetapi telah lewat(26 mac),pada bulan april saya masih lagi belum datang haid..sy ada melakukan test tetapi hasilnya -tv.... adakah masalah yang saya hadapi sekarang ini salah satu kesan kepada seseorg ibu yng memberikan susu bdn sepenuhnya pada bayi?
ReplyDeletetolong la saya siapa yg thu,runsing la kepala sya fikirkan
DeleteAs salam Dr kalo saya nak dapat kan rawatan di klinik dr no mana yg bole saya hubungi?
ReplyDelete